Guna mata hasilkan lukisan



  • Guna mata hasilkan lukisanGranato guna teknik seperti ini untuk melukis.
BUENOS AIRES - ARGENTINA. Artis muda dari Argentina ini menggunakan teknik berbeza dan lebih kreatif untuk menghasilkan lukisan abstrak.

Leandro Granato, 27, menggunakan warna air yang dipercikkan hasil tindak balas hidung dan matanya ke atas kanvas lukisan.

"Saya mula mengaplikasikan teknik ini sejak kecil. Bagaimanapun, lama-kelamaan saya mula selesa dengan bakat luar biasa ini," katanya.

Menurut Granato, dia mengambil masa selama dua tahun mencipta formula khas warna air yang tidak akan merosakkan matanya.

Difahamkan, dia mula terlibat dalam dunia seni lukis selepas datuknya meninggal dunia akibat barah.

"Saya mula melukis untuk melupakan kesedihan akibat pemergian datuk. Ketika itu, saya menjadikan pelukis abstrak warga Amerika, Jackson Pollock sebagai sumber inspirasi," jelasnya.

Pelukis berbakat ini memberitahu lukisan yang dijual pada harga 1,500 pound (RM7,800) itu mampu dihasilkan dalam masa paling singkat iaitu 10 minit dan ada yang perlu mengambil masa selama beberapa bulan.

Pada masa hadapan, Granato berhasrat untuk melakukan pameran amal untuk membantu kanak-kanak yang menghidapi barah di Argentina, laporan dipetik dari DailyMail.

UiTM UIAM Muncul Juara Debat Gender 2013


SERI ISKANDAR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hari ini muncul juara dalam kategori masing-masing bagi pertandingan Debat Perdana Gender 2013.

UiTM menewaskan pasukan Universiti Putra Malaysia bagi kategori bahasa Melayu manakala UIAM menumpaskan Universiti Malaya pada peringkat akhir pertandingan yang berlangsung di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini.

Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim berkenan menyempurnakan perasmian penutup dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pasukan UiTM yang mempertaruhkan pendebat Mohammad Johan Mat dan Rabiatul Adawiyah Sulaiman dan UIAM yang diwakili Khadijah Shamsul dan Mubarrat Wassey menerima hadiah wang tunai RM3,500, piala iringan dan sijil penghargaan.

Mohd Ikhwan Roseli dari Universiti Sains Islam Malaysia dan Shafiq Bazari dari UiTM yang masing-masing dinobatkan selaku pendebat terbaik bagi kategori bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, menerima hadiah wang tunai RM500 dan sijil perhargaan.

Sebanyak 26 institusi pengajian tinggi awam dan swasta melibatkan 78 pasukan menyertai pertandingan anjuran agensi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali dengan kerjasama UTP serta Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia.

Pertandingan yang diperkenalkan pada 2011 itu bertujuan memberi pendedahan kepada golongan belia khususnya pelajar mengenai isu berkaitan gender di negara ini dan peringkat antarabangsa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dalam ucapannya berkata segala pandangan dan idea bernas yang dibangkitkan dalam perdebatan itu akan dipertimbangkan untuk perancangan serta pelaksanaan program kementerian di peringkat akar umbi.

“Generasi muda cenderung terhadap isu semasa universal seperti persekitaran, hak asasi manusia, dan ‘perbezaan gender’. Oleh itu, generasi muda perlu dilibatkan dalam pembentukan sebarang dasar kerajaan terutamanya berkaitan pembangunan sosial,” katanya.

Katanya, pertandingan seperti itu secara tidak langsung memberi kesedaran dan pemahaman kepada para pelajar mengenai isu dan hak wanita selain menjadi medium untuk bertukar idea selain berupaya mengasah kemahiran insaniah serta intelektual mahasiswa. – BERNAMA

Langit Malaysia Bakal Dihujani Meteor Geminids


KUALA LUMPUR – Agensi Angkasa Negara (AAN) memaklumkan langit Malaysia akan diterangi dengan juraian hujan meteor Geminids bermula 13 hingga 17 Disember ini.

Unit Komunikasi Korporat AAN dalam satu kenyataan media memberitahu, dianggarkan sebanyak 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada waktu kemuncak iaitu bermula dari awal pagi 13 hingga 14 Disember ini.

“Titik meteor Geminids ini adalah daripada buruj Gemini yang berada di langit Malaysia sejak September hingga April tahun hadapan. Pada tahun ini imjenya tidak begitu baik kerana waktu kemunculannya sama dengan fasa Bulan hampir purnama (91 peratus penuh).

“Kepada yang berminat untuk menyaksikan sendiri hujan meteor ini, pandang ke arah timur laut selepas waktu tengah malam hingga subuh di kawasan yang lapang dan gelap,” kata kenyataan itu hari ini.

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, disebabkan keadaan cerah langit oleh cahaya bulan, ia akan menghadkan kenampakan meteor kepada 50 hingga 80 meteor sejam.

AAN dalam pada itu orang ramai turut berpeluang menyaksikan planet Musytari, Marikh, Buruj Belatik, Taurus, Gemini, Cassiopeia, Pegasus, Canis Major, Leo, Virgo, dan Gugusan Bintang 7 (Pleiades) dengan mata kasar pada waktu tersebut.

“Kepada mereka yang mempunyai teleskop, anda boleh menyaksikan Great Orion Nebula. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Planetarium Negara di talian 03-2273 4303/4301,” kata kenyataan itu.

92 Mahu Bilangan Penjawat Awam Dikurangkan! Apa Kata Anda

Penjawat Awam Malaysia

Malaysia terus menduduki ranking tertinggi melibatkan jumlah kakitangan awam di Rantau pasifik meninggalkan jauh negara jiran-jiran yang lain termusuklah Singapore, Filipina, Thailand. Nisbah…

Nisbah Kakitangan Awam VS Penduduk Negara :

  • Kakitangan awam Malaysia : 4.68%
  • Kakitangan awam Indonesia : 1.79%
  • Kakitangan awam Filipina : 1.8%
  • Kakitangan awam Singapura : 1.4%
Satu Kajian yang telah dilakukan oleh Vistage Malaysia Sdn. Bhd – Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) melalui Indeks Keyakinan CEO menunjukkan :
Penjawat Awam Curi Tulang
  • Daripada 332 Ketua Pegawai Eksekutif, sejumlah 304 CEO bersamaan 92% merasakan jumlah kakitangan awam di Malaysia adalah terlalu tinggi.
  • Manakala hanya 28 CEO mengatakan jumlah kakitangan awam adalah munasabah
  • 70.8% @ 801,871 orang kakitangan awam di Malaysia bukan siswazah

Menjadikan Kakitangan Awam di Malaysia Lebih Efisen?

Kami tiada masalah dengan jumlah kakitangan awam di Malaysia setakat ini, tetapi yang Berita Semasa amat tekankan adalah isu non graduate ini mencapai 70% dalam sektor awam?
Penjawat Awam Ponteng 
Berita Semasa berharap selepas ini kerajaan perlu mengurangkan pengambilan non graduate selepas ini, ditambah dengan lambakan graduan di Malaysia yang tidak mempunyai kerja ketika ini mencecah puluhan ribu setiap tahun.

Sebenarnya, untuk menjadi negara maju, harga tinggi yang perlu rakyat Malaysia bayar untuk kos operasi sektor awam mestilah dibalas dengan perkhidmatan sektor awam yang terbaik sekaligus dapat mengurangkan kebergantungan kepada pakar-pakar perunding luar yang bernilai berpuluh juta ringgit setiap tahun.
  • Mungkin kerajaan boleh pertimbangkan selepas ini, minimum kelulusan Diploma sahaja yang boleh berkerja dalam sektor awam.
  • Tiada lagi lulusan SPM atau PMR selepas ini. Setuju atau tidak?
  • Sekurang-kurangnya jawatan kerani perlu mempunyai kelulusan Diploma yang mungkin boleh dilaksanakan pada masa akan datang secara beransur-ansur
  • Mansuh & gabungkan jabatan @ kementerian yang tidak perlu
Sepatutnya, jumlah kakitangan berkadarlangsung dengan peratus kecekapan.
  • Kuantiti kakitangan = kualiti kerja
  • % pertambahan kakitangan = % peningkatan kecekapan bekerja
Ini perkara asas dalam “Analisis Peningkatan Kecekapatan Organisasi”. Apa pendapat dan saranan anda pula mengenai hasil kajian terbaru  ini terhadap kakitangan awam di Malaysia?

Mekanik Curi Kenderaan Di Tahan Polis


GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki dan menemui semula dua kenderaan yang dilapor hilang di Queensbay dan Pulau Tikus di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, hasil risikan dan maklumat awam, polis berjaya menjejaki dan menahan suspek yang berumur 31 tahun di rumahnya di Jalan Penanti, Bukit Mertajam pada pukul 1 pagi.

“Dengan penahanan lelaki itu, kita berjaya menjumpai semula kereta jenis Toyota Camry yang dilapor hilang di Queensbay petang semalam dan sebuah lagi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang hilang di Pulau Tikus dua bulan lepas,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Butterworth dan dia ditahan reman mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379(A)(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

15 Cara Meningkatkan Traffic Blog Anda!

Klik untuk Join Group kami! 

 
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, trafik, trafik dan trafik itulah yang menjadi tumpuan sebahagian besar Blogger. Berbagai cara dilakukan digunakan sehingga ada yang menggunakan cara yang diluar tabii. Trafik blog sangat penting terutama kepada Rakan Blogger yang cari makan dengan blog. Semakin meningkat jumlah trafik semakin tinggi nilai sesebuah blog kepada pengiklan. Ramai yang bertanya bagaimana nak dapat trafik blog yang banyak. Trafik blog yang banyak tidak datang sekelip mata. Semua blog bermula dengan trafik blog yang sedikit kemudian meningkat berperingkat mengikut strategi yang dibuat.
Aku pernah berkongsi 5 cara meningkatkan trafik dalam entri “Cara Nak Popularkan Blog” dan kali ini nak kongsikan 15 cara lain meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman tetapi bukan semua cara ini sesuai untuk semua blog tapi tak cuba tak tahu lah hasilnya.
  1. Daftarkan blog anda di search engine Google, Yahoo dan Bing atau boleh keCara Daftar blog di search engine.
  2. Buat Facebook Fanpage untuk blog dan ajak seberapa ramai LIKE.
  3. Jadikan blog lebih mesra search engine dengan menggunakan plugin SEO yang sesuai.
  4. Anjurkan contest yang berterusan untuk pelawat setia.
  5. Ramai Blogger sangat suka membaca balasan dari komen yang mereka tinggalkan. Ambil kesempatan dengan memasang  plugin Comment Notifier untuk memaklumkan secara automatik setiap kali ada balasan komen baru di blog anda.
  6. Jika anda terjumpa entri yang menarik di blog Rakan Blogger yang lain, buat entri khas tentang kisah menarik tersebut dan letakan backlink kepada blog tersebut. Rakan Blogger lain pasti akan buat perkara yang sama kepada anda.
  7. Daftar dengan ComLuv.com dan pasang plugin commentLuv. Rakan Blogger pasti lebih suka meninggalkan komen di blog anda bersama dengan link entri terakhir blog mereka.
  8. Buat entri yang sering dicari oleh ramai orang seperti cara semak saman trafik, jadual cuti umum setahun, senarai orang paling kaya, jadual peperiksaan dan sebagainya.
  9. Ping entri baru dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler danPingoat.
  10. Sesekali buat entri yang kontroversi tetapi pastikan tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.
  11. Jemput Rakan Blogger yang mempunyai ramai pengikut menjadi penulis jemputan di blog anda.
  12. Gunakan nama domain blog anda sebagai username di laman sosial seperti Facebook, Twitter, Google + dan Forum.
  13. Post entri sekurang-kurangnya sekali sehari dan pastikan setiap entri berkualiti bukan sekadar hanya menulis sahaja.
  14. Cipta tagline khas di akhir email yang boleh mengajak rakan-rakan melawat blog anda.
  15. Cipta tagline khas di message smartphone anda tak kira samada iPhone, Balckberry atau Samsung yang boleh menarik minat rakan-rakan melawat blog anda. Jangan tinggalkan message begini “Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone” kerana ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada anda.
Ada banyak lagi cara untuk meningkatkan trafik blog tetapi semuanya perlu kesabaran dan istiqamah dalam melaksanakan. Pada 6 bulan pertama blog Denaihati kalau dapat 200-300 pelawat sehari dah suka sangat tetapi alhamdulillah selepas dua tahun tak kurang 3,000 pelawat singgah setiap hari. Insya Allah target next year 10,000 pelawat setiap hari. Nak tahu trafik harian blog Denaihati klik je sini Denaihati.  Tiada yang mustahil dalam hidup ini.
Mungkin Rakan Blogger boleh tambah lagi teknik lain yang boleh meningkatkan trafik blog berdasarkan pengalaman kita yang berbeza.

Tiada Bukti Yasser Arafat Diracun


PARIS – Para saintis di Perancis telah mengeluarkan beberapa laporan lengkap membabitkan kematian pemimpin Palestin, Yasser Arafat yang didakwa telah diracun dengan bahan polonium radioaktif, kata seorang balunya, Suha kelmarin.

Bagaimanapun, keputusan yang diperolehi itu bertentangan dengan penemuan awal oleh sebuah makmal di Switzerland yang mendapati, terdapat bahan radioaktif pada pakaian Arafat.

Ekoran itu, punca kematian pemimpin tertinggi Palestin tersebut pada sembilan tahun lalu masih lagi tidak jelas.

Para saintis dari beberapa buah negara telah cuba untuk mengkaji sama ada racun jenis polonium memainkan peranan dalam kematian Arafat di sebuah hospital tentera di Perancis pada tahun 2004 lalu.

Bagaimanapun, penduduk Palestin telah lama mengesyaki bahawa Israel telah meracun Arafat namun, ia telah dinafikan regim Zionis itu.

Satu laporan pada tahun 2012 bahawa kesan radioaktif polonium dijumpai pada pakaian Arafat.

Ekoran itu, balunya telah memfailkan satu aduan undang-undang di Perancis memohon agar satu siasatan dapat dilakukan berhubung kematian suaminya itu. – AP