Wanita Maut Ditembak Polis Bersama Kekasih



Seorang wanita terbunuh terkena tembakan oleh anggota polis manakala teman lelakinya berjaya diberkas apabila cuba melarikan diri daripada polis peronda.
KLANG: Seorang wanita terbunuh selepas cedera terkena tembakan anggota polis yang cuba menghentikan sebuah kereta dipercayai cuba merempuh mereka di Taman Sejati dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian itu, anggota polis terbabit dikatakan cuba dirempuh kereta ProtonWaja yang dipandu secara mengundur oleh seorang lelaki berusia 31 tahun manakala wanita terbabit duduk di sebelahnya.
Difahamkan, anggota polis peronda terbabit melepaskan tembakan amaran sebelum menembak beberapa das ke arah kenderaan berkenaan yang mengenai wanita berusia 22 tahun berkenaan.
Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata kejadian bermula jam 7.35 malam apabila pasukan peronda polis mengesan pergerakan mencurigakan kereta suspek di Jalan Batu 3 Lama, Klang.
Katanya, pemeriksaan awal mendapati cukai jalan kereta berkenaan telah tamat tempoh menyebabkan anggota peronda terbabit cuba menahan suspek yang kemudian bertindak melarikan diri.
“Suspek melarikan diri sejauh kira-kira 10 kilometer hingga ke Taman Sejati. Anggota polis terbabit telah keluar dari kereta peronda untuk menahan suspek tetapi cuba dirempuh kereta Proton Waja itu secara mengundur menyebabkan anggota terbabit melepaskan tembakan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, malam tadi.
Katanya, anggota polis terbabit berjaya menahan suspek lelaki dan mendapati wanita berkenaan cedera parah akibat terkena tembakan.
Menurutnya, kakitangan perubatan daripada ambulans yang dipanggil ke tempat kejadian mengesahkan wanita terbabit telah mati akibat kecederaan.
“Suspek lelaki telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan manakala mayat wanita itu dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.
Mohd Adnan berkata, pemeriksaan mendapati suspek lelaki memiliki enam rekod jenayah termasuk samun dan dadah manakala kereta dinaiki mereka dilaporkan hilang Selasa lalu.
“Pemeriksaan di dalam kereta Proton Waja itu juga menemui sebilah parang dan serbuk putih dipercayai dadah,” katanya. – Harian Metro

Hentikan Khabar Angin Gelombang Kedua Pengganas Ketua Polis Negara

Khalid menjawab pertanyaan pemberita selepas melawat Farid di HUSM, Kubang Kerian pada Rabu. - FotoBERNAMA
KOTA BARU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran khabar angin kononnya akan berlaku gelombong kedua kemasukan pengganas Kiram ke Sabah.
Beliau berkata khabar angin yang tidak berasas itu, tidak seharusnya disebarkan ketika umat Islam bakal menyambut Aidilfitri.
"Apabila berita-berita sebegini disebarkan, ia menggusarkan masyarakat terutama di Sabah. Musim raya (Aidilfitri) dah nak sampai, jadi kenapa nak buat orang susah, menakutkan orang ramai, perkara tu tak benar sebenarnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini Rabu.
Beliau melawat anggota polis trafik Insp Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanan akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu, Rabu lalu.
Hadir sama Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Khalid berkata pihaknya bersama beberapa agensi keselamatan lain mempunyai cukup kekuatan untuk menangani sebarang kemungkinan pencerobohan dari luar.
"Marilah kalau mereka berani. Kita akan tahu kalau ada cubaan pihak musuh untuk masuk ke negara ini. Kita cukup kekuatan.. kita ada polis, tentera.. ada di laut, udara dan darat. Jadi janganlah risau.
"Penubuhan Esscom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) untuk memastikan keadaan pantai Timur Sabah terjamin," katanya. - BERNAMA

Mekanik Curi Kenderaan Di Tahan Polis


GEORGE TOWN – Polis menahan seorang lelaki dan menemui semula dua kenderaan yang dilapor hilang di Queensbay dan Pulau Tikus di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superitendan Mohd Hatta Mohd Zain berkata, hasil risikan dan maklumat awam, polis berjaya menjejaki dan menahan suspek yang berumur 31 tahun di rumahnya di Jalan Penanti, Bukit Mertajam pada pukul 1 pagi.

“Dengan penahanan lelaki itu, kita berjaya menjumpai semula kereta jenis Toyota Camry yang dilapor hilang di Queensbay petang semalam dan sebuah lagi kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang hilang di Pulau Tikus dua bulan lepas,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel di Butterworth dan dia ditahan reman mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379(A)(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Lelaki yang adakan hubungan seks dengan basikal sedang diburu polis

myMetro

Stockholm: Polis di Sweden melancarkan gerakan memburu seorang lelaki yang dirakam mengadakan seks dengan basikal.
Lelaki itu dilihat melakukan perbuatan itu selepas pemilik basikal berkenaan memasang kamera litar tertutup di luar rumah untuk menangkap orang yang sering membocorkan tayar basikalnya.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian tutup kepala mencelapak di atas tayar belakang sambil memegang kertas.
Dia kemudian memancitkan tayar itu dan beronani ketika ia kempis.

Polis di bandar Osterlund melancarkan siasatan untuk menentukan sama ada perbuatan lelaki itu ada kaitan dengan beberapa kejadian jenayah di kawasan berkenaan pada 2007.

Ketika itu, seorang lelak yang berusia kira-kira 35 tahun ditangkap kerana memancitkan tayar 20 basikal sebelum beronani sambil mencelapak di atas basikal berkenaan.
Sementara itu, pemilik basikal Per Edstrom berkata, dia tidak mendendami lelaki berkenaan sebaliknya hanya mahu dia menghentikan perbuatannya itu.

“Saya tidak takut dengan dia. Hanya sakit hati kerana sentiasa terpaksa membetulkan tayar basikal saya,” kata Edstrom. - AP