Suami saman isteri kerana miliki wajah hodoh


Awal tahun ini, Jian Feng, bercerai dan menyaman isterinya kerana wajahnya yang hodoh. Jian Feng menang kes ini dan mendapat ganti rugi £75,000. Feng berkata dia mula bertanya wajah isterinya setelah anak perempuan mereka lahir. Dia bergitu terkejut dengan penampilan anak mereka tersebut, yang disebutnya "Luar Biasa hodoh" dan menyebut anaknya tidak mirip dengan kedua orangtuanya. Feng merasa sangat marah dan awalnya menuduh isterinya curang.

Kerana tuduhan tersebut, akhirnya isterinya mengakui bahawa dia telah menghabiskan sekitar £62,000 untuk pembedahan plastik yang mengubah penampilannya jauh sebelum dia bertemu dengan suaminya. Feng mengajukan tuntutan cerai dengan tuduhan bahawa isterinya telah menipunya dan meyakinkan untuk mengahwininya dengan alasan palsu. Para juri akhirnya setuju dengannya dan membenarkan tuntutannya.


P/S - Itulah logiknya, manusia boleh merubah rupa dan fizikal, tapi bila lahirnya anak, mesti ikut rupa asal kan....renungkan.......

Aktivis HAM Arab Saudi dipenjara 7 tahun dan dihukum rotan 600 kali kerana menghina Islam

30 Julai 2013
 
Riyadh - Seorang aktivis HAM di Arab Saudi dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun  kserana mendirikan jaringan liberal dan menghina Islam. Aktivis ini juga dihukum rotan sebanyak 600 kali.

"Raef Badawi dihukum 7 tahun penjara dan 600 kali hukuman rotan," ujar seorang peguam yang juga aktivis HAM, Waleed Abualkhair dalam akun Twitter-nya, seperti dilansir AFP, Selasa (30/7/2013).

Badawi merupakan salah seorang pengasas web Saudi Liberal Network. Dia dijerat dakwaan mengkritik keberadaan polis  syariah di Saudi. Laman web tersebut juga diperintahkan untuk ditutup oleh hakim dan disebut sebagai bentuk liberalisasi religius.

Mahkamah setempat menjerat Badawi dengan dakwaan    murtad . Sesuai dengan hukum yang berlaku di Saudi, dakwaan ini memiliki ancaman hukuman mati.

Namun hakim menyatakan bahawa mahkamah yang lebih rendah tidak berkompeten untuk mengadili kes ini. Hingga akhirnya dakwaan kemurtadan pun digugurkan.

Badawi ditangkap pada Jun  2012 lalu di kota Jeddah kerana alasan yang tidak diketahui pasti.

Lelaki berusia 35 tahun ini mendirikan Saudi Liberal Network bersama dengan seorang aktivis HAM perempuan bernama Suad al-Shammari. Pada 7 Mei 2012 lalu, web tersebut menyerukan pemberlakuan hari liberalisme di Arab Saudi.

Pada hari tersebut, pengaruh agama tidak berlaku dalam kehidupan publik di Saudi yang memberlakukan hukum syariat Islam ini. Hal inilah yang nampaknya dianggap oleh mahkamah sebagai penghinaan terhadap Islam.
 sumber:detikNews

Pesakit Meninggal kerana Gunting Tertinggal di Perut

  11 Februari 2013
Pasien Meninggal karena Gunting Tertinggal di Perut
NET
ILUSTRASI 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 RIYADH - M Al Qarshi (68) meninggal dunia, setelah ahli bedah di sebuah rumah sakit pemerintah di Arab Saudi, meninggalkan gunting rosak di dalam perutnya.
 
Al Qarshi menjalani operasi di Rumah Sakit Khusus King Abdul Aziz di kota barat Taif, untuk menghilangkan tumor di perut dan ususnya.

Al Qarshi kemudian diopname di rumah sakit selama hampir satu bulan. Selama itu pula, dia merasakan sakit luar biasa di perutnya. Tapi, doktor mengatakan bahawa itu adalah hal normal setelah operasi.

Setelah keluar dari rumah sakit, kondisi Al Qarshi bertambah buruk. Lalu, pihak keluarga membawanya ke King Abdullah Medical City di dekat Kota Makkah.

Di sana, tinjauan rontgen menunjukkan ada gunting bedah rosak di dalam perut Al Qarshidan. Doktor segera melakukan operasi kecemasan, untuk mengambil dua buah gunting di perut Al Qarshi.
"Setelah operasi, Qarshi menderita komplikasi akibat gunting di dalam tubuhnya untuk jangka waktu yang panjang," kata seorang doktor dikutip Harian Sabq, dan disadur Tribunnews.com dari Emirates247.com, Isnin (11/2/2013).

Ahli bedah di Rumah Sakit Khusus King Abdul Aziz kini sedang dalam proses interogasi oleh sebuah panel medis hukum, yang ditetapkan oleh Departmen Kesihatan Arab Saudi. (*)
 
TRIBUNNEWS.COM,

PANAS! Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah!

Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu bagaimanapun menegaskan, beliau tidak mempersoalkan undang-undang di negeri Borneo berkenaan, sebaliknya hanya menuntut kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengemukakan sebab-sebab kukuh larangan yang dikenakan terhadapnya.
“Sekiranya saya dianggap mengancam keselamatan warga Sabah, maka kemukakan rasional serta penjelasan atas dakwaan tersebut,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen Malaysia, dan warganegara Malaysia, tindakan menyekat kemasukan yang tidak rasional dan bersebab ini merupakan salah guna kuasa yang melampau dan cukup anti-demokratik,” tegasnya lagi.
nurulizzahbangsar3 Video Nurul Izzah Akan Saman BN Kerana Di Halang Masuk Sabah

Beliau yang tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada petang Khamis bagi tujuan menyambut Pesta Kaamatan telah ditahan dan seterusnya dihantar pulang ke Semenanjung.
Pemimpin muda Pakatan Rakyat (PR) itu juga tidak menolak kemungkinan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dihalang daripada memasuki negeri berkenaan.

“Atas sebab kerahsiaan, permintaan saya untuk mendapatkan nama-nama pemimpin PR lain yang dihalang tidak dibenarkan.
“Saya percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan dihalang memasuki Sabah,” katanya kepada pemberita.
“Saya sudah berbincang dengan YB Darrell Leiking, ahli Parlimen Penampang untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu,” katanya, dan menambah,”sampai bila saya dilarang?”

Beliau menegaskan, PKR juga akan menghantar surat rasmi kepada Pejabat Ketua Menteri Sabah bagi menuntut penjelasan dan menggesa mereka kemuka kepada umum senarai nama pemimpin PR yang dihalang, supaya rakyat tahu apa sebabnya mereka mengancam keselamatan Sabah.
Insiden berkenaan turut mendapat reaksi negatif daripada pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah, iaitu ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin, yang menganggap keputusan kerajaan negeri perlu diubah segera sekiranya tiada alasan kukuh untuk mereka melakukan sedemikian.

“Jika tiada alasan kukuh untuk sekatan ke atas Nurul, dan menjadi yang benar-benar adil dan memberikan keadilan, keputusan itu harus diubah segera,” kata ahli majlis tertinggi Umno itu dipetik The Star Online.
Beliau meminta supaya rakyat diberikan penjelasan daripada kerajaan negeri Sabah mengenai kenapa Ahli Parlimen Lembah Pantai itu dihalang masuk pada petang Khamis.

“Pihak berkuasa perlu mengeluarkan kenyataan yang kukuh dan diterima.
“Saya tidak melihat Nurul sebagai satu ancaman kepada negeri Sabah atau pun rakyat Sabah,” kata Bung.
Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan dan menggesa isu keselamatan negara dan persempadanan tidak boleh sama sekali dipolitikkan.

“Malang, tindakan menghalang saya daripada masuk ke Negeri di Bawah Bayu ini berlaku di kala Sabah berhadapan dengan kebolosan sempadan – termasuklah pengeluaran kad pengenalan secara haram seperti yang sedang disiasat oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja Sabah.
“Seharusnya tumpuan kerajaan negeri adalah mengawal selia masalah kebolosan yang mendesak ini, bukan menyalahgunakan kuasa dengan menafikan hak demokrasi dan aktiviti politik pimpinan Pakatan Rakyat demi mempertahan kedudukan Umno mahupun BN.”

Justeru itu, jelas beliau isu keselamatan dan kedaulatan negara sepatutnya tidak diperlekehkan dengan menjadikan ia alat politik menindas rakyat.-TMI