Ibu bapa kena baca ini


JIKA SEORANG KANAK-KANAk.....



Jika seorang kanan-kanak dikecam...
Dia akan menjadi seorang yang suka mengacau


Jika seorang kanak-kanak sentiasa diseterui...
Dia akan menjadi seorang yang suka berkelahi


Jika seorang kanak-kanak diberi malu...
Dia akan menjadi seorang yang sentiasa bersalah


Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi peluang...
Dia akan menjadi seorang penyabar


Jika seorang kanak-kanak sentiasa menerima galakkan...
Dia akan menjadi seorang yang mempunyai
keyakinan


Jika seorang kanak-kanak ditaburi dengan puji-pujian...
Dia akan menjadi seorang yang tahu menghargai


Jika seorang kanak-kanak sentiasa dilayan dengan
saksama...
Dia akan menjadi seorang yang bersikap adil


Jika seorang kanak-kanak yang sentiasa mendapat
perlindungan...
Dia akan menjadi seorang yang mempunyai kepercayaan diri


Jika seorang kanak-kanak sentiasa diberi
pengiktirafan...
Dia akan menjadi seorang yang menyukai dirinya dan orang 
lain


Jika seorang kanak-kanak sentiasa didampingi dan diterima...
Dia akan menjadikan dunia ini tempat yang paling
SELESA,TENANG dan BAHAGIA...

Bapa Khayal Dadah Sembelih Anak Sampai Mati

Bapa Khayal Dadah Sembelih Anak Sampai Mati


Bapa Khayal Dadah Sembelih Anak - KUANTAN : Seorang bapa yang dipercayai khayal akibat mengambil dadah bertindak kejam menyembelih bayi perempuannya sendiri yang berumur 11 bulan menggunakan pisau sehingga mati dalam tragedi menyayat hati di Felda Panching Selatan dekat sini malam kelmarin.
Menurut ibu saudara mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Liza, 23, kejadian disedari oleh keluarganya pada pukul 9.30 malam semasa mahu menjenguk bayi malang tersebut, Nur Amirah yang merengek kuat ketika sedang tidur di bilik.
“Saya lihat, bapanya yang sebelum itu menemani Nur Amirah tidur, tiba-tiba keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu dengan sikap yang sedikit pelik.
“Ibunya, Suzy yang sebelum itu berada di dapur membancuh minuman untuk anak sulungnya kemudian masuk ke bilik untuk menjenguk anak keduanya itu selepas terdengar dia merengek.
“Kami semua terkejut apabila ibunya keluar sambil menangis memberitahu, Nur Amirah berlumuran darah dan sudah meninggal dunia,” katanya semasa ditemui di rumah keluarganya di sini semalam. – Kosmo